FOR VALUE CUSTOMER, OUR PRODUCT WILL BE UPDATE LATER. 15/06/2010.
Children (persons under the age of 18) are not eligible to use this Web Site unsupervised and we ask that children do not register for an account or submit any personal information to us. By using this Web Site unsupervised, and/or registering for an account, you warrant that you are 18 years of age or older.

Thursday, January 06, 2011

Penggunaan Tumbuhan Dalam Perubatan Tradisional Melayu




PENGENALAN

Sejak berkurun lamanya manusia telah mengenali dan menerokai alam semulajadi untuk memenuhi keperluan hidup dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi sehari-hari. Dalam usaha penerusan hidup itu lahirlah berbagai institusi masyarakat. Di antara institusi itu ialah institusi pemerintahan, institusi perkahwinan dan institusi perubatan. Di Nusantara khususnya di Tanah Melayu, masyarakat juga terkenal dengan institusi perubatannya yang tersendiri yang pada hari ini ia dikenali sebagai institusi perubatan tradisional Melayu.

Institusi perubatan tradisional Melayu pada umumnya melibatkan orang-orang yang dipanggil dengan gelaran seperti bidan, bomoh, dukun, mudim dan pawang. Walaupun institusi ini telah menerima berbagai pengaruh terutamanya pengaruh Hindu-Buddha, Islam dan Barat, namun ia terus hidup dalam masyarakat Melayu. Malah dengan kedatangan Islam ke Nusantara telah memperkayakan lagi warisan perubatan tradisional Melayu. Contohnya ayat-ayat suci al-Quran telah digunakan sebagai doa untuk mengubati sesuatu jenis penyakit.

Peranan ahli-ahli perubatan dalam institusi perubatan tradisional Melayu bukan sahaja penting untuk mengubati sesuatu penyakit sama ada penyakit berbentuk fizikal atau bukan fizikal tetapi mereka juga memainkan peranan yang penting dalam upacara-upacara pusingan hidup dalam sesebuah komuniti. Misalnya bidan bukan sahaja berfungsi menjaga, merawat bayi dan ibu-ibu selepas bersalin malah ia juga merupakan orang penting dalam upacara memotong jambul dan turun tanah.

Pada hari ini institusi perubatan tradisional Melayu telah dan sedang berkembang begitu pesat dengan tertubuhnya klinik-klinik yang banyak dan pusat-pusat rawatan moen. Namun begitu institusi perubatan tradisional Melayu tetap berfungsi dalam kehidupan masyarakat hari ini. Malah kita sering terbaca dan mendengar peranan perubatan tradisional Melayu dapat menyembuhkan berbagai penyakit yang sukar diubati oleh perubatan moden seperti rawatan dadah, barah dan patah tulang.

Satu hal lagi yang agak menarik ialah penerimaan masyarakat bukan Melayu terhadap institusi perubatan tradisional Melayu ini. Mereka akan menemui bomoh atau pawang untuk mengubati sesuatu penyakit sekiranya penyakit mereka tidak boleh diubati mengikut cara perubatan moden. Dengan itu jelaslah bahawa perubatan tradisional Melayu adalah sesuatu warisan yang sangat berharga dan patut dijaga dan dihargai oleh masyarakat sendiri.

Institusi perubatan tradisional Melayu masih lagi wujud hingga kini walaupun mengalami persaingan yang hebat dengan perubatan moden. Hal ini mungkin berlaku kerana beberapa faktor tertentu. Institusi ini juga mengadungi beberapa unsur penting seperti jampi mentera, doa, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain lagi yang memainkan peranan penting dalam perubatan sesuatu penyakit. Kajian-kajian mengenai perubatan tradisional ini terlalu sedikit dijalankan sama ada oleh pengkaji luar atau luar negara.

PENGGUNAAN TUMBUH - TUMBUHAN SEBAGAI UBAT

Ahli-ahli perubatan tradisional Melayu mempunya kemahiran tertentu untuk membuat ubat-ubatan khususnya yang menggunakan tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tersebut ada yang digunakan secara bersendirian dicampur dengan bahan-bahan yang lain sama ada dari jenis tumbuh-tumbuhan atau bukan tumbuh-tumbuhan.

Pengetahuan mengenai kegunana tumbuh-tumbuhan ini pula didapati dari keluarga atau menuntut dari seseorang yang mahir dalam bidang ubat-ubatan. Mereka biasanya mengetahui jenis-jenis pokok yang boleh dijadikan ubat dari jenis pokok yang beracun. Sekiranya mereka mahir dalam bidang ini maka bolehlah mereka dianggap sebagai pakar tumbuh-tumbuahan tradisional .

Pengetahuan mengenai ubat-ubatan tidak sahaja terbatas kepada tumbuh-tumbuhan malah mereka juga mengetahui jampi mentera dan doa-doa tertentu yang dapat menambahkan kemujaraban ubat. Penggunaan tumbuh-tumbuhan amat menggalakkan dikalangan masyarakat Melayu kerana jika diperhatikan persekitaran Alam Melayu adalah amat sesuai bagi tumbuh-tumbuhan hidup. Di mana sahaja kita pergi , akan dapat dilihat kehijauan pohon-pohon atau rumput-rumput. Oleh sebab itu persekitaran memainkan peranan yang penting bagi masyarakat Melayu dalam perubatan tradisional Melayu.

Tumbuh-tumbuhan yang digunakan di dalam perubatan tradisional Melayu boleh didapati ditepi-tepi sungai, paya, hutan, dan boleh juga ditanan di sekitar rumah. Sesetengah tumbuhan tidak boleh dialih ke tempat lain atau ke kawasan yang berhampiran dengan rumah kerana ia hanya sesuai pada tanah dan suhu-suhu yang tertentu. Oleh sebab itu seseorang itu perlu merncarinya apabila mahu menggunakannya sebagai ubat. Pengambilan tumbuh-tumbuhan pula memerlukan cara-cara tertentu yang harus dipatuhi agar ubat yang akan dibuat lebih mujarab. Setelah bahan-bahan yang diperlukan diperolehi, mereka perlu mencampurkan bahan-bahab tersebut dengan cara-cara yang tertentu. Bahan-bahan itu hendakalah disukat terlebih dahulu untuk disesuaikan dengan sesuatu jenis penyakit. Setelah selesai ubat-ubat tersebut dibuat, mereka perlu membaca jampi mentera atau doa-doa tertentu supaya penyakit yang dihidapi oleh pesakit akan cepat sembuh. Bagaimanapun terdapat juga ubatan yang tidak memerlukan jampi mentera mungkin kerana ia tidak diperlukan atau jampi menteranya memang tidak ada.

0 comments:

Post a Comment

Web Hosting
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Children (persons under the age of 18) are not eligible to use this Web Site unsupervised and we ask that children do not register for an account or submit any personal information to us. By using this Web Site unsupervised, and/or registering for an account, you warrant that you are 18 years of age or older.